http://dl10.glitter-graphics.net/pub/459/459830qyqjkq81to.gif

Pages

Tuesday 11 December 2012

Buatmu Gaza

Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke Syurga (3x).
Ya Allah hukumlah Isr4el (3x).
Dengan dunia akhir zaman, kezaliman Isr4el selama ini kepada agamamu, kepada saudara kami kepada negeri saudara kami ini.
Ya Allah Engkau lebih mengetahui tentang hal saudara kami.
Kami hambamu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini.
Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai saudara kami.
Kami hamba-hambamu ya Allah, datang dari jauh dekat berkumpul di malam yang berkat.
Ya Allah ampuni dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami (3x).
Screen Shot 2012 11 18 at 4.45.25 PM Doa Untuk Gaza
Janganlah kau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambamu.
Sekiranya Kamu ampunkan dosa kami, Kamu Tuhan Pengampun lagi Maha penyayang penuh kasih sayang, Ya Allah kuatkan iman kami, murahkan rezeki, amankan rumah tangga, negeri dan negara kami, cemerlangkan anak-anak kami.
Anak-anak kami adalah amanah darimu Ya Allah, berilah mereka berjaya dunia dan akhirat nanti, berilah mereka berjaya untuk menolong sunnah Nabi Muhamad SAW.
Screen Shot 2012 11 18 at 4.43.30 PM Doa Untuk Gaza
Ya Allah hukumlah Isr4el, Ya Allah hukumkan Isr4el.
KO Isr4el, KO Isr4el, Isr4el KO, KO Isr4el, Isr4el KO dalam peperangan ini Ya Allah. Mudah-mudahan perjuangan saudara kami di Gaza dipermudahkan dengan pertolonganmu Ya Allah.
Screen Shot 2012 11 18 at 4.42.45 PM Doa Untuk Gaza
Kalaulah kamu Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu telah izinkan kepada bumi Mu telan Qarun … Ya Allah, Kamu telah melaknat Namrud …. Dan begitu juga Abu Lahab .. Maka sungguh mudah untuk Kamu bagi menjahanamkan Isr4el dalam peperangan ini.
Tidak larat kami nak melihat anak-anak saudara kami di Gaza dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah … Ragut, Rogol, Bakar, Cincang manusia dan macam-macam jenayah, Ya Allah habis negara saudara kami dimusnahkan oleh Isr4el … Gaza dah habis Ya Allah … Tebing Barat Ya Allah rapat ke pagar Ya Allah ..
Screen Shot 2012 11 18 at 4.54.21 PM Doa Untuk Gaza
HANCUR ISR4EL, TUMBANG ISR4EL (3x)

WRITTEN BY: FAR_MIEY

Tengoklah bintang itu andai rindu.....

Keheningan malam kian terasa. Deru angin yang tidak putus-putus bertiup menambahkan lagi kesejukan suasana pada malam hari. Bayangan bulan sudah tidak kelihatan dek liputan awam malam yang menghalang pancaran bulan dari turun ke bumi, begitu juga dengan ketidakhadiran bintang terang pada malam itu seolah –olah mengetahui akan kedatangan hujan .
Hani mendonggak ke arah langit mengharapkan kedatangan bintang muncul walaupun dia tahu itu semua takkan berlaku kerana hujan telah pun mulai turun sedikit demi sedikit. Hani bukannya tidak boleh menunggu tibanya hari esok, tetapi dia bimbang sekiranya hari tersebut tidak sempat dirasainya lagi . Batuknya semakin menjadi-jadi dari sehari ke sehari, kesakitan mula terasa kadang-kadang terasa amat perit dan pedih sekali!!.
Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa seksanya dia menahan kesakitan yang ditanggungnya sehingga menyukarkannya untuk bergerak dan tidak boleh aktif seperti dulu lagi. Dia sedar bahawa Allah sedang mengujinya ,dan kepadaNYA la dia mengadu segala keperitan dan kesakitan yang dialaminya. Dia tahu kesabaran adalah penting dalam menghadapi segala ujian itu.
Jika dulu, dia seorang yang sangat dikenali di sekolah kerana keaktifannya dalam ko-kurikulum sehingga ke peringkat negeri dan setelah tamat sekolah menengah, dia menyambung pula pengajiannya di universiti terkemuka di tanah air. Walaupun dia seorang yang gemar bersukan, namun dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya sehingga melayakanya berjaya menjejaki kaki di menara gading.
Begitu juga dari segi penjagaan ibadahnya yang sentiasa dititikberatkan seiring dengan kehidupannya, pesan ibu dan ayahnya tidak pernah dilupai supaya pandai-pandai menjaga diri dan maruah keluarga walaupun dimana sahaja berada. Kini dia sudah tidak seperti dahulu lagi, kesihatannya selalu terganggu dan sering kali berulang alik dari hospital. Mujurlah ada sahabat yang memahami keadaannya ketika itu, disaat dia memerlukan sokongan keluarga tersayang yang tidak ada didepan mata. Aisyah merupakan sahabat sebiliknya yang sentiasa memberi semangat kepadanya supaya sentiasa tabah dan sabar menghadapi semua ini.
Hani masih lagi ingat ketika doktor mengesahkan kanser paru-parunya sudah berada di tahap kritikal dan jika tidak diberi rawatan secepat mungkin, dikhuatiri boleh merebak sehingga membawa kepada kematian. Sukar untuk digambarkan perasaannya pada masa itu, hanya air mata yang berlinangan membasahi pipi.
Dia redha dengan berita yang diterimanya dan merasakan semua yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala kemungkinan ini. Sesungguhnya pengetahuan Allah adalah luas dan tidak terbatas, segala yang berlaku hanya DIA sahaja yang tahu.
Memang pada mulanya Hani menyangka batuk itu adalah batuk biasa, namun dari sehari ke sehari batuknya kian menjadi-jadi sehingga menjadi batuk berdarah. Semenjak dari hari itu, dia sentiasa mendapatkan rawatan susulan di hospital dan doktor menasihatinya agar selalu mengambil ubat serta tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh memenatkan dirinya sehingga boleh menyukarkannya bernafas . Symptom-symptom seperti batuk yang berterusan, sesak nafas, batuk berdarah dan sentiasa lemah dan lesu telah pun dirasainya. Namun begitu, dia tidak pernah mengeluh terhadap ujian yang dilaluinya dan tidak pernah berputus asa.
Sedar-sedar, sudah hampir empat tahun Hani berada di universiti, kini pengajiannya sudah di tahun akhir dan sedikit masa lagi dia akan menamatkan pengajiannya yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Sepanjang berada di universiti, Hani belajar seperti biasa sepertimana rakan-rakannya yang lain. Walaupun dia tahu akan keadaan kesihatannya yang tidak menentu, namun dia cuba berlagak sihat seakan –akan tidak ada apa-apa yang berlaku .
Kawan-kawannya juga tidak mengetahui akan penyakit yang dihadapinya kecuali teman roomatenya yang juga teman sekelasnya. Hani tidak mahu mereka tahu dan meminta Aisyah agar merahsiakannya daripada pengetahuan mereka. Hari demi hari, peperiksaan semakin menghampiri. Kesihatan Hani mula terganggu, dia sering batuk dan sesekali sukar untuk bernafas. Ubat -ubatnya juga sudah hampir kehabisan, dia sedar bahawa dia perlu mengambil ubat yang baru di hospital dan mendapatkan rawatan susulan yang disarankan oleh doktor.
Disebabkan kesibukan menelaah pelajaran dan membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi, dia terlupa untuk berbuat demikian. Dia sedar, kansernya semakin teruk dari hari ke hari, dia berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan dalam melawan penyakitnya sehingga dia dapat menghabiskan peperiksaannya yang terakhir.
Peperiksaan terakhir yang diambil oleh Hani telah pun selesai. Hani memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk hidup dan terus bernafas hingga ke saat ini. Segala urusan pengajiannya telah pun selesai, hanya Cuma tinggal keputusannya sahaja. Masing-masing bersalaman antara satu sama lain tanda perpisahan. Selepas ini mereka akan membawa haluan masing-masing. Mereka juga berharap akan bertemu lagi pada suatu hari nanti pada hari Konvokesyen.
Tetapi bagi Hani, dia tidak pasti sama ada dia masih ada ataupun tidak pada hari tersebut. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang, namun Allah menentukan segala yang akan berlaku. Hani sedar harapan untuk dia sembuh adalah sukar dijangka. Hani tahu hanyasanya dia tidak punya banyak waktu dan sampaikan bilakah dia mampu bertahan, hanya masa yang menentukan.
*****
Aisyah, sahabat karibnya tidak sampai hati untuk berpisah, mereka telah lama bersama dalam mengharungi suka duka semenjak awal perkenalan di universiti lagi. Tambahan pula mereka adalah rakan sebilik dan lebih memahami antara satu sama lain. Aisyah kelihatan sedih kerana sebentar sahaja lagi keluarga Hani akan tiba untuk membawanya pulang ke kampung halaman. Segala barang-barang telah pun siap dipacking dan diletakkan di dalam kotak . Aisyah pula masih lagi sibuk mengemaskan apa-apa yang patut. Sementara menunggu keluarga Hani tiba, mereka berbual-bual. Hani sempat mengerling ke arah kotak-kotak buku miliknya dan memastikan agar tiada barang yang tertinggal.
"Apa yang kau tengokkan tu? Alah... jangan risaulah tak larinya barang kau tu". Aisyah menyindir, setelah melihat kelakuan Hani yang sentiasa mengerling pada kotak barangnya sambil mengira bilangan kotak tersebut.
"Takde lah, sekadar nak memastikan semuanya ada supaya tidak ada yang tertinggal nanti. Bukannya dekat nak patah balik." Balas Hani sambil tersenyum.
Sambil itu, dia menuju ke arah beg sandangnya dan mengeluarkan sesuatu.
"Nah!, aku hadiahkan untuk kau". Hani menghulurkan sesuatu.
"Eh, apa ni Hani, birthday aku lambat lagi la". Pintas Aisyah sambil tangannya membuka bungkusan hadiah tersebut.
"Waaa..., cantiknya!". Hani hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu.
"Terima kasih Hani, Sayang kau Ketat-ketat..hi..hi". Tambah Aisyah lagi.
"Ye la tu...". Balas Hani sambil memuncungkan bibirnya..
Aisyah tergelak dengan memek muka Hani sebentar tadi  lantas memeluk sahabatnya itu erat-erat tanda terima kasih atas hadiah yang diterimanya.
"Dah..dah..dah.. lemas pulak aku ni kan kau peluk lama-lama." Sindir Hani sambil ketawa.
Aisyah hanya mencebik mendengar Hani menyindirnya. Dia senyum.
"Nanti kalau kau teringat kat aku, kau tengoklah bintang-bintang kecil kat dalam botol tu." Suara Hani seakan  mendatar.
"InsyaAllah, aku akan sentiasa ingat kau sampai bila-bila. Oh ye, boleh tak aku nak minta tolong sampaikan salam aku pada kawan-kawan kalau jumpa diorang pada konvokesyen nanti?". Pinta Hani penuh harap
Aisyah kehairanan. " Eh! Kau tak datang ke nanti? Tak bestlah macam ni...". Sambil menunjukkan mimik muka yang tidak puas hati.
"Aku tak janji la. Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah aku datang ." Balas Hani.
"Okay!. Janji..?" Aisyah inginkan kepastian daripada Hani, dan Hani hanya mengangguk sekadar mengiyakan walaupun dia dapat merasakan pertemuan semula di hari konvokesyen itu tidak akan kesampaian. Namun, di sudut hatinya dia sangat mengharapkan semoga Allah memanjangkan umurnya sehingga tiba hari bersejarah itu.
*****
Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar telah pun tiba. Keputusan peperiksaan sudah dikeluarkan. kebanyakkan pelajar memperolehi keputusan cemerlang dan masing-masing sangat berpuas hati akan usaha yang mereka selama ini. Begitu juga Aisyah, dia sangat gembira dan bersyukur dengan keputusan peperiksaannya. Usahanya tidak sia-sia.
Setibanya hari konvokesyen, semua graduan hadir bagi menerima ijazah masing-masing. Ada yang datang bersama keluarga, kawan-kawan dan bagi mereka yang tinggal jauh, mereka datang seawal sebelum hari kejadian dan menyewa mana-mana hotel sebagai tempat penginapan mereka. Ada juga keluarga yang tidak dapat hadir dan hanya ditemani rakan-rakan dan saudara terdekat yang tinggal berdekatan dengan universiti tersebut.
Aisyah melihat-lihat ke arah orang ramai yang berasak-asak untuk masuk memenuhi ruang dewan. Matanya tercari-cari pada satu wajah. Wajah yang tersimpan rindu. Ternyata hampa, Wajah Hani tidak juga muncul.  Setelah puas menunggu, Aisyah beransur masuk ke dewan. Kedengaran satu demi satu nama pelajar dari pelbagai falkulti diumumkan untuk sesi penyerahan ijazah, begitu juga Aisyah.
"Ummu Hani Binti Haris" Suara dari pentas bergema di dalam dewan itu.
Aisyah segera berpaling ke atas pentas. Ingin sekali dia melihat dan bertemu dengan sahabat karibnya itu.Tetapi hampa, kerana ianya bukan Hani, penyerahan ijazahnya diambil oleh ayahnya En.haris sebagai wakil. Aisyah semakin hairan dengan ketidakhadiran sahabatnya itu.
"Empat tahun ditunggu-tunggu, tak mungkin Hani tak datang di hari bersejarah ni?" Bisik Aisyah.
" atau Hani.......Tak, tak.. Tak mungkin" Aisyah terus mematikan fikiran negatifnya. Dia terus mendoakan semoga Allah sentiasa memelihara dan memberi kebaikan kepada sahabat karibnya itu.
Setelah upacara penyerahan sijil itu berakhir, Aisyah bertemu dengan keluarga Hani dan bertanyakan akan sahabatnya itu. Setelah diceritakan, tahulah dia bahawa sahabatnya itu telah pergi buat selama-lamanya disebabkan penyakit yang dihadapinya. Rupa-rupanya itulah hari terakhir mereka berjumpa dan masih lagi dia teringat akan pesanan sahabatnya supaya menyampaikan salam kepada rakan-rakan yang lain.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kini setiap kali Aisyah teringat akan sahabatnya itu, dia tidak lupa untuk sedekahkan Al –Fatihah. Kadang-kadang bila terasa rindu, dia akan melihat bintang-bintang kecil dari pemberian Hani dulu. Masih lagi terngiang-ngiang kata-kata Hani sebelum berangkat pulang .
"Nanti kalau kau teringat kat aku,kau tengoklah bintang-bintang kecil kat dalam botol tu." Sehingga ke hari ini Aisyah masih lagi mengingati sahabatnya itu, walaupun peristiwa itu telah lama berlalu.



WRITTEN BY: FAR_MIEY

Menanti ketika

"Tahniah Imah, engkau memang layak dengan anugerah ini" puji Mardiana sambil merangkul tubuh Imah sebaik tamat upacara konvokesyen tengahari itu. Bertalu-talu ucapan tahniah diterimanya. Imah bersyukur. Walaupun anugerah bukanlah matlamat utama dia belajar, namun ia merupakan suatu kepuasan. Puas dengan usaha dan doa yang tidak putus-putus dikirim, serta tawakkal yang menebal di dada terhadap Allah, Tuhan pencipta kejayaan dan kegagalan.
"Bagaimanakah agaknya perasaan aku, jika berjaya melangkah masuk ke pintu syurga Allah di akhirat nanti?" soalnya dalam hati.
"Ya Allah, jadikan aku sebahagian dari tetamu syurgaMu!" doanya tulus.
Hari ini semua graduan meraikan kejayaan mereka bersama-sama keluarga masing-masing. Imah hanya bersendiri. Ibu tidak dapat hadir. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Penting katanya. Imah memahami. Ibu seorang yang bertanggungjawab di rumah besar itu. Kebajikan semua anak-anak terpikul di bahunya.
Imah memerhati kegembiraan teman-teman graduan yang lain. Melihat dengan pandangan mata yang mengharap. Menagih sesuatu yang telah sekian lama menjadi impian. Tiada bayangan yang dapat mengiringi. Kerana tiada rupa untuk ianya digambarkan. Hanya khayalan menjadi teman sepermainan perasaan itu.
Dilihatnya air mata ibu yang tidak henti-henti mengalir. Diperhatikan juga riak kebanggan yang terukir di wajah ayah. Si anak pula entah berapa kali dipeluk dan dicium oleh kedua orang tuanya.
Ibu bapa jelas puas. Perjudian hidup selama ini berbaloi. Si nelayan bertarung dengan ombak. Si petani bermandi peluh menguli selut dan lumpur. Si Penoreh getah menatang diri untuk sajian nyamuk waktu dinihari. Hanya satu matlamat yang dikejar. Walau wadah berbeza rupa dan paras. Untuk melihat anak-anak mereka mengecapi kejayaan.
Imah mengambil tempat di satu sudut yang jauh dari teman-teman. Dia malas untuk menjawab soalan jika ditanya tentang keluarganya. Tentu sekali ibu bapa teman-temannya akan bertanyakan soalan itu.
Bukankah konvokesyen hari untuk ibu bapa? Mana ibu dan bapamu pada hari bersejarah ini? Argh!
"Walau besar mana sekalipun dosa seorang ibu terhadap Allah, ibu tetap ibu.  Seorang insan mulia yang telah mengandungkan dan melahirkan kita semua ke dunia" nasihat  ibu sewaktu memberi tazkirah suatu masa dulu mengusik ingatannya. Dia tunduk tika lidah ibu menutur kalam nasihat itu. Dadanya sebak. Perasaan rindu mercup deras dari dasar hatinya. Melonjaknya untuk  bingkas bangun meninggalkan majlis ilmu itu seketika. Ibu memandangnya. Dia  terus juga berlalu. Maju ke biliknya, pantas. Bimbang air matanya gugur di hadapan sahabat-sahabat yang lain.
Belum pernah Imah menangis di hadapan mereka. Belum sekalipun air matanya menempiasi perasaan mereka. Belum lagi deria dengar mereka menghalusi bait-bait syair cinta ilustrasi rindu gubahan jiwanya.
Tak perlu! Mereka tidak perlu menghalusi syair itu.
Imah hanya melagukan syair cintanya di hadapan Allah. Suka, tawa, sedih, pilu, tangis, duka yang merentasi denai perasaan; berkocak di muara hati, pasti pada Allah Taala jualah tempatnya menitip bait-bait rintihan dan luahan, mengadu segala yang berbuku di sanubari.
Menangis di hadapan Allah lebih memuaskan. Ketawa ketika berbicara dengan Allah lebih menggembirakan.  Allah Maha Mengetahui gurindam perasaan, kerna Dialah yang menciptanya. Walau apa sekalipun bentuk parasnya, di atas kudrat dan iradat Allah jua terbinanya perasaan itu.
"Mujur juga ibu tidak menghalang aku ketika bangun meninggalkan majlis pada malam itu" dia berbisik sambil menekup mukanya dengan kedua telapak tangan.
*****
Dia rindukan mamanya. Wanita  yang bertanggungjawab atas kehadirannya ke dunia. Di rahim mama  Allah tempatkannya sementara. Sembilan bulan lebih dirupa bentukkan sebelum menjengah ke alam kedua perjalanan hidup seorang hamba. Walau mata belum pernah bertentang, walau jasad tidak pernah berdakap. Namun kahangatan cinta terasa benar membakar jiwa. Cinta seorang anak terhadap insan yang telah melahirkannya ke dunia. Disyairkan kalam cintanya setiap kali mengutus doa terhadap Yang Maha Esa.
Cerita  ibu, mama seorang yang penyayang. Cantik rupa paras serta santun tutur kata. Tenang ketika berbicara walaupun dalam keadaan sedih. Seperti, saat mama meninggalkan Imah di bawah jagaan ibu.
Imah senyum. Mungkin sikap mama ini yang menulari jiwanya. Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Sembilan bulan berada dalam kandungannya, mana mungkin tiada persamaan antara mereka, biarpun hanya sekali meneguk susu di pangkuan mama.
Sejak Imah ditinggalkan mama bawah jagaan ibu, bersama dengan anak-anak ibu yang senasib dengannya, belum pernah sekalipun mama datang menjenguk. Namun kata ibu, mama pernah berjanji akan datang mengambil Imah hidup bersamanya.
"Mama Imah terlalu muda waktu itu. Gagal melawan kehendak nafsu. Liar bila nafsu sudah bermaharajalela. Sudah tidak kenal halal haram dalam agama" cerita ibu.
"Kita tidak boleh salahkan dia. Itu dosa dia dengan Allah. Imah kena banyak berdoa supaya Allah mengampunkan dosa mama. Doakan juga supaya Allah buka hati mama untuk bertaubat. Hari-hari Imah kena berdoa" nasihat ibu lagi.
Seingat Imah belum pernah dia terlalai mangirim doa untuk mama. Mintanya pada Allah, supaya semua dosa mama terampun. Pohonnya pada Allah, agar dibukakan pintu hati mama untuk bertaubat. Rayunya pada Allah, menerima taubat mama dan kekalkan taubatnya hingga akhir hidup mama. Diakhirinya doa tersebut dengan syair cinta, agar Allah pertemukan dia dengan mama walau hanya sekelip mata.
"Saya dengar, mak kandung awak, bohsia. Betul ke?"
"Mak kandung engkau tu perempuan jalang, tak payah la engkau susah-susah nak cari dia"
"Apa? Emak awak berzina dan lahirkan awak. Kemudian tinggalkan awak di rumah kebajikan itu. Jadi, awak ni, anak luar nikah? Begitu?"
Setiap kali persoalan atau kenyataan seumpama itu terungkap, hanya hati yang mampu berkata....memang. Mama memang seorang bohsia. Perempuan jalang yang menatang tubuh untuk lelaki-lelaki berwajah syaitan. Berzina sehingga melahirkan aku, anak di luar pernikahan. Mama seorang yang tidak bermoral dan sosial. Tidak takutkan hukum Tuhan. Mabuk menghirup kelazatan dunia. Khayal dibuai nafsu remaja.
Tapi! Dosa-dosa mama tidak mencantas dahanan kekeluargaan kami. Sehina manapun mama di mata masyarakat, mama tetap ibu kandungku. Sekeji manapun dosa mama terhadap Allah, namun susunya pernah kuteguk untuk terus mandiri di bumi Allah ini. Tiada dosa yang tidak terampun selain syirik mendua tigakan Allah. Itu kalam Allah. Wajib diimani.
"Mama, baliklah! Pulanglah ke pangkuan Allah. Bertaubatlah selagi pintu itu belum terkunci. Anak mama yang pernah mama tinggalkan di perkarangan rumah kebajikan itu sedikitpun tidak pernah membenci mama. Tiada dendam yang bertunas di jiwa anak mama ini. Malah, Imah bersyukur kepada Allah kerana mama tidak meninggalkan Imah di tempat-tempat yang bisa memisahkan nyawa dan tubuh Imah. Mama, lihatlah! Imah kini bukan lagi berusia satu hari seperti saat perpisahan kita" rayu hati kecilnya.
Imah meneguk air mineral. Perit tekaknya menelan air kerana sebak.  Matanya yang berkaca-kaca masih lagi memerhati dan mengharap. Memerhati keriangan teman-teman meraikan kejayaan bersama keluarga tersayang. Mengharap kalau-kalau kelibat ibu muncul di pandangan. Mana tahu, urusan ibu cepat diselesaikan. Boleh juga menyimbah kehangatan rindunya.
Dalam gundah Imah bersyair. Syair indah sastera Arab kiriman teman yang kini sedang menuntut di Mesir melalui email. Dihafalnya dan dibaca sentiasa sebagai  motivasi diri untuk berpenat-lelah menyemai amal di bumi, agar tidak kecewa saat menuai hasil di Mahsyar nanti.
"Kamu telah dilahirkan oleh ibumu wahai anak Adam dalam keadaan menangis......
dan manusia di sekelilingmu sedang ketawa gembira....
dan beramallah untuk suatu hari dimana mereka pula yang menangis...
pada hari kematianmu yang mana engkau ketawa gembira"
"Kamu inginkan syurga, tapi tidak menelusuri jalan-jalan ke arahnya....
sesungguhnya sebuah bahtera tidak mungkin berlayar di pesisiran pantai"
Sebak dadanya hanyut sebaik arus syair itu menerjah. Langsung menyubur keceriaan yang hampir layu di jiwa.  Lalu, perasaan itu ditularkannya ke wajah. Bagi membenihkan sedikit tenaga mengukir senyuman supaya lidahnya lancar menutur zikir. Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar!
"......Dan ketahuilah, dengan mengingati Allah itu hati manusia menjadi tenang" (Al-Ra'd : 28)
*****
"Assalamaulaikum, Naimah. Saya mengganggu awak ke?"
"Waalaikumussalam" jawab Imah sambil memalingkan mukanya ke arah suara tersebut. Imah terpempan. Lidahnya kelu. Tenaga yang menulari jiwanya tadi layu semula.
Di depannya berdiri seorang wanita bersama seorang anggota polis wanita dan ibu. Sebelah tangannya digari dengan tangan anggota polis tersebut. Lama mata mereka bertentangan. Membiarkan hati berbicara sendiri.
"Ya Allah! Mama rindu kamu, sayang"
Imah terus meluru langsung mengucup tangan wanita itu. Mereka berpelukan. Imah melepaskan segala perasaan yang sekian lama terkurung dalam rangkap syair cintanya. Bibirnya basah meratib syukur kepada Allah kerana dendam rindu kini berbalas.

WRITTEN BY: FAR_MIEY

Kisah CiNta IsLaMik~ CiNta Salman AL-Farisi

Assalammualaikum..
hari ni aku nak share satu kisah cinta islamik gitu yg boleh memberi teladan dan pengajaran pada kita..memang best baca cerita ni..so apa lagi jom sama2 kita baca..Korang pernah baca atau mendengar kisah islamnya Salman Al-Farisi?Kisah pengembaraan Salman Al-Farisi dari satu tempat ke satu tempat yg lain untuk mencari agama yang benar,agama Islam. Beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kebenaran..Sebagaimana hebatnya kisah pengembaraan Salman Al-Farisi mencari islam,agama yang benar,begitulah juga kisah cinta Salman Al-Farisi.
Kisahnya begini, di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama. Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti dibibir para pemuda di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita Solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya2 indah bak lakaran pelangi..penuh warna dan cinta...
Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.
"Subhanallah..Alhamdulilah"terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda, tanda ta'ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini. Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.
"Saya adalah Abu Darda dan ini adalah saudara saya Salman Al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah S.A.W hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya.Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya" berkata Abu Darda kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.
"Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi  kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya" wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.
"Silakan tuan..." balas Abu Darda.
Selepas beberapa minit berlalu, datangla walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya. "Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan"
"Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda S.A.W yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua.. sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur" kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman Al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus. Subhanallah.. jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman Al-Farisi. Bayangkan andai kita berada di posisi/tempat Salman Al-Farisi, mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping, teman bicara. Namun lain pula jawapan Salman Al-Farisi:

"Allahu Akbar.. Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti" dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil. "Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!" air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.Itulah jawapannya..reaksinya telah melukiskan dia ialah seorang pencinta sejati..sejatinya dia bukan kerana dia sahabat nabi S.A.W yang utama tetapi rahmat kasih sayang Illahi menemani sekeping hati kecil miliknya untuk terus Memberi..

Salman Al-Farisi benar-benar mengajar kita sebagai seorang hamba kepada satu Tuhan yang berhak disembah tentang keutamaan dalam memberi, tidak menagih simpati untuk menerima. Dia hanya tahu satu pekerjaan besar lagi mulia sahaja iaitu Memberi. MemBeRi tidak bererti mengurangi apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimiliki..tidak haloba dengan apa yang tiada. Salman Al- Farisi yang sangat mulia darjatnya disisi Rasulullah itupun diuji sedemikian hebat apabila pinangannya ditolak dan tambah mengejutkan lagi, teman baiknya yang dijadikan orang tengah itu yang menjadi pilihan si gadis solehah. Itulah bukti akhlak Islamiyyah yang terbaik kerana akhlak itu adalah reaksi pertama kita sebaik sahaja apabila diuji atau menerima sesuatu berita yang kurang menyenangkan. Jika kita sedikit terkilan dan rasa nak marah pada mulanya, dan kemudian barulah kita bersabar, itu bukanlah akhlak yang terbaik lagi. Tapi reaksi pertama yang hadir tanpa kita berfikir panjang itu adalah aras ukur tahap akhlak kita yang sebenarnya. Sebabnya reaksi itu hadir secara semulajadi dan yang semulajadi itulah akhlak kita yang sebenarnya..

WRITTEN BY: FAR_MIEY

Friday 29 June 2012

Untukmu Calon Imamku yang Tertulis Di Lauhul Mahfudz ^^


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum duhai calon imamku :)
apa kabarmu hari ini ? sehatkah ?
bagaimana dgn imanmu wahai calon imamku ?
apakah sesehat ragamu ? ataukah skrg ia sedang sakit ?
lalu hatimu ? apakah putih bersih atau trdapat noda2 hitam kecil sprti diriku saat ini ?
wahai calon imamku yg belum aku ketahui hingga saat ini,
walaupun aku tak tahu engkau saat ini tengah berada dimana,
namun biarkan dan izinkanlah aku bercerita denganmu melalui kalimat demi kalimat dalam tulisan ini..
semoga Allah menyampaikannya padamu lewat rinai hujan yg amat kurindukan kini.

wahai calon imamku,
maafkanlah aku..aku sang calon istrimu telah banyak melakukan dosa..
aku sang calon istrimu tak dapat menjaga hatiku hingga beberapa kali hati ini terlabuhkan pada orang lain selainmu.
aku sang calon istrimu tak bisa seperti fatimah yang mampu mencintai Ali dalam diamnya.
aku sang calon istrimu tak mampu menjaga kesucian hati dan diriku..
maafkanlah aku wahai calon imamku.. maafkan aku..



kini, menyesalpun tiada guna..
yang telah lalu tak dapat dirubah.. waktu pun tak dapat diputar kembali..
biarlah kejadian demi kejadian pahit itu menjadi pelajaran buatku dan buatmu..
karena terkadang kesalahan itu diperlukan utk mengetahui apa-apa saja yg harus diperbaiki..

saat ini, aku sedang dlm proses perbaikan diri..
do'akanlah aku wahai calon imamku,
do'akan agar aku istiqomah dijalan ini..
do'akan agar aku bisa mnjaga kesucian hati dan diriku hingga kelak engkau kan dtg menjemputku..

dan aku juga berharap, engkau disana juga sedang memperbaiki dirimu.
menjaga kesucian hati dan dirimu.
karena akupun cemburu. aku cemburu jika membayangkan calon imamku kini tengah memikirkan wanita lain.
aku cemburu jika membayangkan calon imamku kini tengah mengobrol akrab, bercanda, tertawa, saling merayu, saling memandang, saling menyentuh, dan bahakan lebih dari itu dgn wanita lain.
aku cemburu jika membayangkan calon imamku kini tengah membayangkan masa depannya dgn wanita lain.
dan bukan hanya aku yg cemburu, Allah pun akan cemburu jika saat ini engkau sdg brda dlm keadaan sprti yg aku bayangkan..

maka, marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita duhai calon imamku..
walau pun aku tak tahu siapa engkau dan kau tak tahu siapa aku.
karena kelak kau akan menjadi imamku, dan aku akan menjadi makmummu.
aku adalah pengikutmu dan kau adalah pemimpinku.
jika kau benar, maka benarlah aku.
jika kau lalai, maka lalailah aku.
untuk itu wahai calon imamku,
kuatkanlah imanmu,
agar kelak kau dapat membimbingku untuk menyelami kalimat-kalimatNya,
agar kelak kita dapat membangun surga kecil dirumah kita yg berisikan mujahid dan mujahidah kecil yg diamanahkanNya kpd kita dgn baik.
dan aku pun akan berusaha menguatkan imanku, menjaga hatiku, dan menaikkan kualitas diriku.
karena dengan menaikkan kualitas diri, sama artinya dengan menaikkan kualitas pasangan,
seperti janji Allah di surat cinta-Nya :
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)"
dan hal terakhir yg ingin kusampaikan padamu duhai calon imamku,,
dirimu masih misteri , tak ada yg tahu tentangmu termasuk aku.
dirimu masih menjadi rahasia penciptaMu, rahasia yg ditentukanNya untukku..
Biarlah aku menunggumu bertahun-tahun lamanya,
asalkan ketika engkau datang, kau sesegera mungkin melafadzkan akad yang akan membimbing diri ini ke jannah-Nya, menyempurnakan separuh dienku dan separuh dienmu..
membimbingku menjadi mujahidah yang mencintai DIA diatas segalanya.
Aamiin ^_^





WRITTEN BY: FAR_MIEY